Kelas Tuisyen Persendirian

Khamis, 19 Mei 2011
BIL.MURID
1 Pelajar
2 Pelajar
3 Pelajar
TAHAP
KADAR BAYARAN PER JAM (RM)
UPSR
40
20
20
PMR
45
25
25
SPM
50
30
30
KELAS PERSENDIRIAN YANG DITAWARKAN
UPSR
PMR
SPM
BAHASAMELAYU
BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU
BAHASAINGGERIS
BAHASA INGGERIS
BAHASA INGGERIS
SAINS
SAINS
SAINS
MATEMATIK
MATEMATIK
MATEMATIK
SEJARAH
SEJARAH
GEOGRAFI
GEOGRAFI
BAHASA ARAB
BAHASA ARAB
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM
BIOLOGI
KIMIA
FIZIK
MATH TAMBAHAN
PRINSIP AKAUN
PERDAGANGAN
EKONOMI


Bermula bulan Mac yang lepas pusat tuisyen kami telah membuka kelas tuisyen persendirian yang dihadkan kepada 1 hingga 3 orang pelajar dalam satu kelas. Kelas tuisyen persendirian ini bertujuan untuk memberikan pelajar pembelajaran yang lebih berkualiti dan juga kelebihan bagi pelajar yang lemah dalam matapelajaran yang tertentu. Untuk maklumat lanjut tentang kelas tuisyen persendirian yang kami tawarkan ini, sila hubungi kami melalui telefon atau email kami.

Program Sempena Cuti Pertengahan Tahun

Rabu, 27 April 2011



Satu lagi program anjuran Impact Learning Centre (ILC) sempena cuti sekolah pertengahan tahun ini akan dijalankan tidak lama lagi. Program tersebut adalah Seminar Peperiksaan Perdana "Sehari Bersama Guru Pakar". Dalam seminar ini, pelajar-pelajar akan di dedahkan tentang teknik menjawab peperiksaan oleh guru-guru pakar yang mempunyai pengalaman dalam bidang menanda kertas peperiksaan dan menjadi jurulatih subjek di sekolah masing-masing. Seminar ini akan dijalankan pada 11-12 Jun 2011 bertempat di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pendaftaran untuk seminar ini sudah di buka dan kepada ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka ke seminar ini sila dapatkan borang pendaftaran di pusat tuisyen kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang seminar yang akan kami jalankan ini sila klik disini.   

Pusat Tuisyen Impact Learning Cawangan Baru

Selasa, 19 April 2011

Pusat tuisyen Impact Learning telah membuka cawangan barunya bertempat di No. 30-1, Jalan Impian Putra 1/3,  Taman Impian Putra, 43000 Bangi Selangor. Cawangan baru pusat tuisyen ini telah mula beroperasi sejak awal tahun 2011. Pusat tuisyen ini berhampiran dengan kawasan Bangi Lama, Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dan juga Nilai.

Selain tuisyen sekolah rendah dan sekolah menengah, pusat tuisyen ini juga menyediakan kelas Iqra' dan Al-quran, Exra (cepat membaca), Abacus (Smart Mental Arithmetic), dan kelas tuisyen persendirian (1-3 orang). Waktu operasi pusat tuisyen ini adalah dari pukul 3.00 petang - 10.30 malam. Untuk pertanyaan dan maklumat tentang pakej yang ditawarkan sila hubungi kami.

Pusat Tuisyen Impact Learning

Khamis, 13 Januari 2011


Pusat Tuisyen Impact Learning merupakan salah satu daripada program ILC yang menawarkan kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar sekolah daripada tahun 1 hingga tingkatan 5 (UPSR, PMR dan SPM).  Bilangan pelajar yang terhad di dalam kelas, guru yang berkelayakan dan sistem pembelajaran yang berfokus dan sistematik merupakan kelebihan yang terdapat di pusat tuisyen kami.

Daftar segera. Tempat terhad. Hubungi 012-6572583 (Cikgu Afif) / 016-2334586 / 013-7702583 (Pejabat) untuk maklumat lanjut.

Selamat Datang Ke Impact Learning Centre



Impact Learning Centre (ILC) merupakan sebuah pusat pembelajaran yang menawarkan pakej pembelajaran yang menjurus kepada pembangunan insan secara holistik. Pihak kami menawarkan pelbagai kelas pembelajaran bagi pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak hingga dewasa. Pihak kami berazam untuk menjadi salah satu daripada pusat pembelajaran yang unggul dan dinamik.

Sertailah kami untuk menikmati pelbagai program pembelajaran yang anda kehendaki. Terima kasih.