Program Sempena Cuti Pertengahan Tahun

Rabu, 27 April 2011



Satu lagi program anjuran Impact Learning Centre (ILC) sempena cuti sekolah pertengahan tahun ini akan dijalankan tidak lama lagi. Program tersebut adalah Seminar Peperiksaan Perdana "Sehari Bersama Guru Pakar". Dalam seminar ini, pelajar-pelajar akan di dedahkan tentang teknik menjawab peperiksaan oleh guru-guru pakar yang mempunyai pengalaman dalam bidang menanda kertas peperiksaan dan menjadi jurulatih subjek di sekolah masing-masing. Seminar ini akan dijalankan pada 11-12 Jun 2011 bertempat di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pendaftaran untuk seminar ini sudah di buka dan kepada ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka ke seminar ini sila dapatkan borang pendaftaran di pusat tuisyen kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang seminar yang akan kami jalankan ini sila klik disini.