Program Sempena Cuti Pertengahan Tahun

Rabu, 27 April 2011



Satu lagi program anjuran Impact Learning Centre (ILC) sempena cuti sekolah pertengahan tahun ini akan dijalankan tidak lama lagi. Program tersebut adalah Seminar Peperiksaan Perdana "Sehari Bersama Guru Pakar". Dalam seminar ini, pelajar-pelajar akan di dedahkan tentang teknik menjawab peperiksaan oleh guru-guru pakar yang mempunyai pengalaman dalam bidang menanda kertas peperiksaan dan menjadi jurulatih subjek di sekolah masing-masing. Seminar ini akan dijalankan pada 11-12 Jun 2011 bertempat di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pendaftaran untuk seminar ini sudah di buka dan kepada ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka ke seminar ini sila dapatkan borang pendaftaran di pusat tuisyen kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang seminar yang akan kami jalankan ini sila klik disini.   

Pusat Tuisyen Impact Learning Cawangan Baru

Selasa, 19 April 2011

Pusat tuisyen Impact Learning telah membuka cawangan barunya bertempat di No. 30-1, Jalan Impian Putra 1/3,  Taman Impian Putra, 43000 Bangi Selangor. Cawangan baru pusat tuisyen ini telah mula beroperasi sejak awal tahun 2011. Pusat tuisyen ini berhampiran dengan kawasan Bangi Lama, Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dan juga Nilai.

Selain tuisyen sekolah rendah dan sekolah menengah, pusat tuisyen ini juga menyediakan kelas Iqra' dan Al-quran, Exra (cepat membaca), Abacus (Smart Mental Arithmetic), dan kelas tuisyen persendirian (1-3 orang). Waktu operasi pusat tuisyen ini adalah dari pukul 3.00 petang - 10.30 malam. Untuk pertanyaan dan maklumat tentang pakej yang ditawarkan sila hubungi kami.